Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews HeadLines

  
Body
  

​BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Majlis Penyerahan Piala Pusingan Regata Brunei Darussalam 2018 telah diadakan hari ini bertempat di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama, Dr. Sumatjiko selaku wakil Juara Regata Brunei Darussalam tahun lepas dalam kategori acara Lumba Perahu Tradisi Maraton 30 Pekayuh, Pasukan Persatuan Olahraga Dayung Seluruh Indonesia, PODSI Kalimantan Barat telah menyerahkan Piala Pusingan bagi Acara Lumba Perahu Tradisi Terbuka Maraton 30 Pekayuh Regata Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Bagi Tahun 2018 kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019.

Pasukan Persatuan Olahraga Dayung Seluruh Indonesia, PODSI Kalimantan Barat akan mewakili Republik Indonesia dalam acara regata pada tahun ini dengan membawa seramai 50 orang iaitu 10 pegawai dan 40 atlet yang akan mengikut lima (5) acara lumba perahu. 

Hadir di majlis penyerahan tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019 dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019.

Regata Brunei Darussalam 2019 yang dianjurkan bersama oleh tiga kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan akan diadakan pada hari Ahad, 25 Ogos 2019 di perairan Sungai Brunei berhadapan dengan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.
  

REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2016 SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-70 TAHUN BAGI TAHUN 2016

 

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI, 10 OGOS – Regata Brunei Darussalam 2016 yang dijadulkan akan diadakan pada hari Ahad, 11 Zulkaedah 1437H / 14 Ogos 2016 di perairan Sungai Brunei berhadapan dengan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Adalah dengan ini di ubah kepada tarikh baru, iaitu Regata Brunei Darussalam 2016 Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun Bagi Tahun 2016 akan diadakan pada hari Ahad, 18 Zulkaedah 1437 / 21 Ogos 2016 di tempat yang sama.​

  

Expo Jualan Satu Kampong Satu Produk (1K1P) Sempena Regata Brunei Darussalam 2015 akan diadakan selama 3 hari bermula hari Jumaat, 27 Februari 2015 hingga 1 Mac 2015 bertempat di kawasan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan iaitu di luar kawasan Bangunan Galeri Seni, Dermaga Diraja berhadapan dengan Jalan McArthur. Expo ini melibatkan penyertaan di kalangan usahawan mewakili Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Negara Brunei Darussalam.  Waktu jualan bermula jam 9.00 pagi hingga 8.30 malam. Antara aktiviti sampingan ialah persembahan kebudayaan iaitu Gulingtangan dan Demonstrasi Kraftangan dan pembuatan.​