Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

Description
Body
Image2
  
Poster Regata Brunei Darussalam 2019

​Regata Brunei Darussalam 2019, akan diadakan pada hari Ahad, 25 Ogos 2019, bertempat di Perairan Sungai Brunei, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan

​Regata Brunei Darussalam 2019, akan diadakan pada hari Ahad, 25 Ogos 2019, bertempat di Perairan Sungai Brunei, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan

Poster Regata Brunei Darussalam 2019.jpeg

7
 
REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2019
  • Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2019 ingin mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi sama-sama menyaksikan Acara Regata Brunei Darussalam 2019 dalam sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun dan seterusnya memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding pada acara tersebut.

​REGATA BRUNEI DARUSSALAM  SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-73 TAHUN BAGI TAHUN 2019

6
 
POSTER REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2016

​Regata Brunei Darussalam 2016, akan diadakan pada hari Ahad, 14 Ogos 2016, bertempat di Perairan, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan

REGATA 2016 final(baru).jpg

5
 
LATIHAN PENUH REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Februari - Latihan penuh Regata Brunei Darussalam 2015 telah diadakan hari ini di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan bagi memastikan kelancaran acara yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 1 Mac 2015.

Hadir bagi menyaksikan latihan pada petang ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Selaku Penasihat-Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman, Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015 dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015. 

2
 
SIDANG MEDIA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN POSTER REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2015

Tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk mengongsikan maklumat kepada orang ramai dan menjelaskan dengan lebih lanjut kepada pihak media mengenai dengan kandungan atau acara-acara yang telah disusun di dalam Acara Regata Brunei Darussalam 2015 yang akan berlangsung pada Ahad, 10 Jamadilawal 1436 bersamaan 1 Mac 2015 bertempat di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEBRUARI - Yang Mulia Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2015 hadir di Sidang Media dan Majlis Penyampaian Poster Regata Brunei Darussalam 2015 pada pagi ini.

Tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk mengongsikan maklumat kepada orang ramai dan menjelaskan dengan lebih lanjut kepada pihak media mengenai dengan kandungan atau acara-acara yang telah disusun di dalam Acara Regata Brunei Darussalam 2015 yang akan berlangsung pada Ahad, 10 Jamadilawal 1436 bersamaan 1 Mac 2015 bertempat di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.

Poster Regata Brunei Darussalam 2015 telah disampaikan kepada YM Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam oleh YM Awang Haji Hassan bin Haji Ismail, Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan (iaitu wakil Pemangku Pengarah Penerangan yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Promosi dan Publisiti Regata Brunei Darussalam 2015). Penyampaian poster-poster kepada Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan wakil-wakil Media disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

IMG_0244.JPG  

1